Diabetes: Kasut yang Perlu Dielakkan

Ada beberapa kasut yang perlu dielakkan bagi penghidap diabetes/kencing manis. Kasut-kasut jenis ini perlu dielakkan kerana kasut tersebut mudah menyebabkan kaki melecet dan luka. Kasut yang mempunyai hujung runcing – Kasut yang runcing boleh  menyebabkan jari kaki anda sakit terutamanya jika anda perlu melakukan aktiviti berjalan yang banyak. Kasut tumit tinggi – Bukan sahaja pemakaian kasut tersebut memberi tekanan yang tinggi kepada tumit anda, malah ianya menambah risiko kaki terseliuh Selipar jepun – Selipar jepun tidak dapat memberikan sokongan yang baik ketika anda berjalan dan […]

Continue Reading

Diabetes: 3 Tips Memilih Kasut

Anggota bahagian kaki merupakan organ yang sangat penting untuk dijaga dengan rapi terutamanya kepada penghidap diabetes. Selain perlu memeriksa bahagian tapak kaki dan tumit setiap hari, penghidap kencing manis perlu juga memilih kasut yang betul. Jom ikuti 5 tips memilih kasut yang sesuai untuk penghidap diabetes: Pilih kasut yang mempunyai tapak dalam yang lembut – Tapak dalam yang lembut bertindak sebagai peyerap hentakan yang baik dan juga mengurangkan tekanan ke atas tapak kaki anda. Elak kasut yang berhujung runcing – Kasut yang berhujung runcing akan memberikan […]

Continue Reading

Tips Asas Pemilihan Tongkat (Bhgn. 2)

Setelah mengetahui tongkat jenis apa yang sesuai untuk anda, apa pula seterusnya? Seterusnya kita akan lihat ciri-ciri tongkat yang perlu diambil kira ketika mendapatkan tongkat. Bahagian cengkaman – Pemilihan pemegang yang selesa adalah amat penting kerana ianya merupakan titik pertemuan antara tuannya dan tongkat tersebut. Material, bentuk, serta reka bentuk pemegang tersebut haruslah sesuai dan selesa pada tangan anda. Tidak terlalu licin sehingga boleh terlepas ataupun tidak terlalu kasar sehingga menyakitkan tangan. Apa yang penting adalah anda selesa memegangnya sumber: Google Bahagian pemegang – Terdapat […]

Continue Reading

3 Cara Garu Bahagian Belakang Badan

Ada tak satu masa kita rasa gatal aje di bahagian belakang? Bila dah rasa gatal, mesti rasa nak garu. Tapi kalau tak dapat garu memang geram sangat.  Ada 3 cara kita boleh garu belakang yang gatal: 1. Garu sahaja menggunakan kuku – Cuba capai bahagian yang gatal dan garu sahaja menggunakan kuasa kuku anda, samada di bahagian bahu, bahagian belakang pinggang atau bahagian belakang bahu. Tetapi, berhati-hati jangan sampai terluka pula. 2. Minta tolong orang lain – Ini merupakan cara yang bagus terutamanya di bahagian yang […]

Continue Reading

Diabetes: 3 Tips Makan di Luar

Jika anda atau ahli keluarga anda bergantung kepada pengambilan insulin, maka pemantauan terhadap waktu makan dan apa yang dimakan adalah sesuatu yang perlu diambil berat. Ini adalah penting atas beberapa sebab. Pertama, insulin kebiasaannya perlu diambil beberapa minit sebelum makan. Maka amat penting bagi golongan tersebut mempunyai jadual makan yang tetap. Kedua, ianya bagi memastikan kandungan nutrisi yang diterima oleh badan adalah seimbang dengan kadar insulin yang ditetapkan. 3 tips makan di luar bagi penghidap diabetes: Jika makan di luar, makanlah mengikut waktu kebiasaan anda […]

Continue Reading

Diabetes: 3 Punca Kerap ke Tandas

Salah satu masalah yang dihadapi penghidap diabetes/kencing manis adalah berkaitan dengan pembuangan air kencing. Kenapa pula dikatakan masalah ya? Penghidap kencing manis mempunyai masalah dalam mengawal pundi kencing. Masalah yang timbul termasuklah kebocoran, kencing tak lawas, membuang air kecil dengan kerap, atau tergesa-gesa untuk ke tandas. Antara punca kerap ke tandas termasuklah: Obesiti – obesiti ataupun masalah berat badan berlebihan, merupakan salah satu punca yang menyebabkan kencing manis. Masalah pundi kencing lemah boleh berpunca daripada berat badan  berlebihan. Ianya memberikan tekanan extra kepada pundi kencing dan usus […]

Continue Reading

Diabetes: 12 Tips Penjagaan Kaki

Penjagaan kaki bagi penghidap diabetes, atau dikenali juga sebagai diabetes, amatlah penting. Ianya penting bagi mengelakkan sebarang kecederaan ke atas kaki yang boleh mengundang jangkitan kuman. Beikut adalah tips penjagaan kaki bagi penghidap diabetes: Memakai kasut yang sesuai dengan kaki kita – Kasut yang tidak sesuai samada dari segi saiz ataupun kepadanan boleh menimbulkan masalah pada kaki. Setiap orang mempunyai saiz yang berbeza. Jadi, kasut yang dibeli haruslah sesuai dengan kaki kita dan kita merasa selesa apabila memakainya Elakkan berkaki ayam Periksa kasut sebelum memakainya […]

Continue Reading

5 Tips Atasi Kebosanan Warga Emas

Mungkin ramai di luar sana merasakan menginjak ke usia lanjut bermaksud akan menghabiskan masa di rumah melakukan rutin yang sama sahaja. Kesimpulannya, anda merasa sangat bosan. Tidak semestinya. Ada pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh warga emas samada di rumah ataupun di luar rumah bagi mengelakkan kebosanan. Ikuti 5 tips di bawah bagi mengetahui caranya. Lakukan aktiviti fizikal – Terdapat pelbagai aktiviti fizikal yang boleh dilakukan oleh warga emas. Antaranya adalah aktiviti berkebun, berjalan/berlari anak di taman rekriasi, melakukan senaman ‘tai chi’ dan sebagainya. Setiap […]

Continue Reading

Resepi : Jus Tembikai Segar

Hari ini kami nak  kongsikan resepi dengan stevia. Resepi ini sangat sesuai untuk dinikmati semasa musim panas dan bila-bila masa sahaja. Bagi yang sedang berdiet, boleh la amalkan minum jus buah-buahan dengan stevia. Bahan-bahan : 3 cawan tembikai 1/4 cawan air  1 biji limau (perah dan dapatkan jus) 1 titis Dr.Sweet SureVia Stevia Drops Cara-caranya : Kisarkan kesemua bahan di atas. Kemudian tuangkan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam gelas. Siap! 🙂 Jus tembikai segar bersama Stevia ini lebih enak jika dinikmati bersama-sama dengan […]

Continue Reading

Tips Asas Pemilihan Tongkat

Soalan : anda menggunakan tongkat untuk kestabilan ataupun untuk menampung berat badan anda? Jika tujuan anda meggunakan tongkat adalah untuk kestabilan, anda boleh memilih tongkat asas yang mempunyai 1 kaki. Ianya dapat membantu memberi kestabilan sewaktu anda berjalan supaya anda tidak mudah hilang keseimbangan. Jika tujuan anda menggunakan tongkat adalah untuk menampung berat badan anda, maka sebaiknya pilihlah tongkat yang mempunyai 4 ‘mata’ di bawahnya. Ianya akan lebih memberi keseimbangan tambahan di samping menampung berat badan si pemilik tongkat. Jadi, buatlah pilihan berdasarkan keperluan anda.

Continue Reading