Diabetes: 6 Tips Penjagaan Mata

Seseorang yang menghidap diabetes jenis 1 atau 2, dan mereka yang telah menghidap dalam jangka masa yang lama mempunyai risiko kerosakan pada anggota mata. Paras diabetes/kencing manis yang tinggi menyumbang kepada kerosakan mata atau dikenali juga sebagai Retinopati Dibetik. Retinopati dibetik terjadi akibat dinding salur darah yang lemah, menyebabkan berlaku kebocoran lemak dan juga akibat saluran kapilari darah yang tersumbat. Ia boleh menyebabkan penglihatan mata merosot dan seterusnya buta. Amalkan 6 tips di bawah bagi mengawal penyakit dan melindungi mata anda: 1. Kawal tekanan darah tinggi Kekalkan tekanan darah […]

Continue Reading

4 Tips Tidur Lena

1. Masuk tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari Waktu tidur ini haruslah sama setiap hari termasuk pada hujung minggu bagi memastikan jam biologi anda tidak terganggu. Badan anda akan mengetahui secara automatik waktu untuk anda tidur dan bangun kerana sudah ada jam biologi yang tetap. Dengan beraktivit di luar dan menikmati cahaya matahari dan udara segar, ianya dapat membantu menyelaraskan sistem badan dan seterusnya membantu anda mendapat tidur yang lena 2. Jauhi cahaya terang Apabila ingin tidur, tutup semua lampu dan pastikan minimum […]

Continue Reading

3 Tips Kawal Diabetes ketika Syawal

Aidilfitri pastinya membawa seribu-satu kemeriahan apatah lagi menyambut kemenangan setelah sebulan berpuasa. Pasti sudah terbayang pelbagai juadah yang menyelerakan seperti ketupat, lemang, rendang, nasi himpit dan sebagainya. Bertambah-tambah pula dengan kepulangan anak-anak, cucu-cucu dan saudara-mara memeriahkan lagi suasana. Juadah-juadah yang dihidangkan pasti enak-enak belaka. Tetapi, paras kencing manis tetap wajib dijaga. Jom ikuti 3 tips kawal diabetes ketika syawal. Kesihatan tetap diutamakan. Makan buah Mulakan juadah dengan pengambilan buah terlebih dahulu. Ianya juga merupakan sunnah bermula dengan buah-buahan selain mempunyai kandungan serat yang bagus untuk […]

Continue Reading

Diabetes dan Keletihan

Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh penghidap kencing manis/diabetes adalah sentiasa keletihan. Bagi orang sekekliling yang kurang memahami keadaan individu penghidap diabetes, mereka mungkin merasakan keadaan tersebut sesuatu yang membebankan bagi mereka terutamanya apabila melakukan aktiviti di luar, mengunjungi rumah terbuka atau apabila perlu melakukan perjalanan yang jauh. Keadaan ini boleh mendatangkan ketidakselesaan dan tekanan kepada kedua-dua pihak, yang mengalami keletihan akibat kencing manis dan juga ahli keluarga/orang sekeliling. Jom ketahui mengapa keletihan terjadi kepada penghidap kencing manis. Keletihan akibat paras gula yang tinggi […]

Continue Reading

Pemantauan Gula Dalam Darah

Menguruskan penyakit kencing manis merupakan tanggungjawab pesakit tersebut sebaiknya. Namun, ahli keluarga terdekat juga perlu memainkan peranan yang aktif sebagai sokongan tambahan kepada pesakit kencing manis. Salah satu perkara utama yang perlu dilakukan adalah pemantauan paras gula di dalam darah pesakit secara tetap dan harian. Analisa keputusan kemudian boleh dilakukan untuk membantu di dalam merawat penyakit kencing manis. Apabila seseorang didiagnosis menghidap kencing manis, individu tersebut disyorkan/dinasihatkan untuk mendapatkan “blood sugar meter” seperti gambar di atas. Tujuannya adalah bagi melakukan pemeriksaan bacaan gula di dalam […]

Continue Reading

10 Tanda-tanda Penyakit Kencing Manis

Seseorang individu mungkin menyedari bahawa dia merupakan seorang penghidap kencing manis hanya selepas penyakit tersebut sampai ke tahap yang serius. Ketahui tanda-tanda umum penyakit kencing manis supaya anda atau ahli keluarga lebih cepat mendapatkan rawatan yang sewajarnya dan mengelakkan komplikasi yang lebih serius. Adalah penting untuk mengenalpasti tanda-tanda kencing manis bagi mengelakkan anda dari menjadi korban penyakit kencing manis. Berikut merupakan 10 tanda-tanda atau simptom-simptom umum yang mungkin dihadapi oleh penghidap kencing manis. Tidak semua tanda tersebut akan dialami oleh penghidap kencing manis dan bagi […]

Continue Reading