Tindakan Sebelum, Semasa & Selepas Air Pasang Besar

Air pasang besar apa tindakan anda? Berikut beberapa langkah yang boleh diambil sebelum, semasa dan selepas berlakunya air pasang besar bagi anda yang tinggal berhampiran dengan kawasan pantai. SEBELUM Persediaan sebelum air pasang besar Dapatkan maklumat air pasang di tempat anda Pastikan sistem amaran yang ada Periksa saluran air/parit supaya tidak tersekat  Periksa saluran najis dan pastikan ia tertutup rapat  Dapatkan maklumat pusat pemindahan dan pusat bantuan bencana Apaabila air pasang besar akan berlaku Buka radio/tv untuk pengumuman tentang bencana Isikan tong-tong yang elok dengan […]

Continue Reading

Bagaimana Cara untuk Menguji Gula Dalam Darah

Ujian pemeriksaan glukosa dalam darah adalah penting bagi pesakit diabetik. Glukosa yang terhasil daripada penghadaman makanan karbohidrat, menjadi sumber utama tenaga dalam badan. Insulin yang dikeluarkan daripada organ pankreas membantu tubuh menggunakan glukosa ini bagi menghasilkan tenaga. Biasanya, kandungan glukosa dalam badan akan meningkat sedikit selepas makan, lalu menyebabkan pankreas mengeluarkan insulin bagi mengawal kandungan gula. Tahap gula yang tinggi akan merosakkan mata, ginjal, saraf, dan saluran darah.  Pemeriksaan darah dilakukan dengan mengambil sedikit titisan darah dari hujung jari atau mana-mana bahagian badan dan diletakkan […]

Continue Reading

5 Manfaat Mandi sebelum Subuh

Pernahkah anda perasan apabila anda mandi di awal pagi, tubuh badan akan merasa lebih bertenaga, otak terasa lebih segar dan jiwa anda merasa lebih bersemangat? Bukan anda sahaja, namun ramai di luar sana merasakan yang sama. Ianya terasa seperti sebuah magik. Hanya dengan mandi di awal pagi, ianya dapat memberikan kesegaran yang luar biasa. Bukankah ianya menunjukkan bahawa mandi sebelum subuh mempunyai 1001 kelebihan bukan sahaja secara fizikal, malah kepada mental juga? Apa lagi ya kelebihan mandi sebelum subuh? 1. Melancarkan Peredaran Darah Mandi sebelum […]

Continue Reading

Stevia Pengganti Gula

  Stevia merupakan pemanis semulajadi tanpa kalori yang dapat membantu individu yang menghidap kencing manis menurunkan paras gula dalam darah. Ianya juga sesuai digunakan oleh mereka yang mementingkan kesihatan dan menurunkan berat badan.  Boleh digunakan di dalam penyediaan makanan dan minuman dalam keadaan sejuk mahupun panas, penggunaannya sangat mudah dan praktikal.  **Ingin kekal sihat, cergas dan positif? Sweet Stevia Drops merupakan pemanis semulajadi tanpa kalori yang sesuai digunakan oleh penghidap diabetes/kencing manis dan mereka yang mementingkan kesihatan, di dalam memaniskan makanan/minuman seharian. Ianya juga sangat […]

Continue Reading

Kurangkan Kencing Manis dengan Gula Semulajadi

Anda sukakan manis? Mestila kan kerana kebanyakan makanan mempunyai gula. Tambah-tambah lagi, di Malaysia ini sememangnya dipenuhi dengan pelbagai jenis juadah yang menyelarakan, tradisional mahupun moden. Bermula dengan kuih mudah seperti donat dan kuih keria, bahulu, kuih ketayap, puding, agar-agar, kuah kacang, pelbagai jenis bubur dan banyak lagi. Makanan-makanan ini mudah didapati di mana sahaja di seluruh Malaysia oleh sesiapa sahaja.  Ada apa-apa masalah dengan gula? Walaupun makanan-makanan tersebut sememangnya enak dijamah, namun pengambilan gula yang berlebihan tidak baik untuk kesihatan. Anda berisiko mendapat obesiti […]

Continue Reading

Alternatif Mengelak Kencing Manis

Masalah pesakit kencing manis di Malaysia yang kian bertambah setiap tahun amat membimbangkan. Masalah peningkatan pesakit kencing manis berpunca daripada pengambilan gula secara berlebihan di dalam diet harian. Kurangnya kesedaran terhadap kandungan gula di dalam diet harian menjadi salah satu punca peningkatan pesakit kencing manis di Malaysia saban tahun. Masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaun sudah terbiasa dengan lambakan pilihan makanan yang mudah didapati terutamanya makanan-makanan manis, makanan segera, minuman 3 dalam 1 yang kebanyakannya mempunyai kandungan gula yang tinggi.   Penyakit diabetes […]

Continue Reading

4 Kebaikan Senaman Zumba

Jika anda seorang yang aktif dan gemar mendengar muzik, senaman zumba merupakan salah satu pilihan yang sesuai untuk anda. Aktiviti senaman zumba bukan sahaja menyeronokkan, malah sesuai dimasukkan di dalam jadula harian/mingguan. Anda boleh menukar aktiviti senaman dan kecergasan anda kepada sesuatu yang lebih menarik seperti senaman zumba di samping membakar kalori. Sudah pasti, pelbagai jenis senaman lain yang membakar kalori. Diantaranya berjogging, menunggan basikal, sukan badminton, dan lain-lain lagi. Namun, aktiviti senaman zumba mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri dan sentiasa mempunyai peminat senaman […]

Continue Reading

Diabetes: 5 Tips Penjagaan Kulit

Memastikan kesihatan kulit pada tahap yang baik adalah amat penting bagi individu menghidap kencing manis. Penjagaan kulit juga merupakan salah satu aspek penting dalam menjaga kesihatan harian bagi pesakit diabetes. Individu tersebut tersebut terdedah kepada risiko kerosakan saraf yang boleh membawa kepada kebas dan luka pada kaki dan tangan, serta sistem peredaran darah yang kurnag baik yang boleh membawa kepada luka lambat sembuh serta meningkatkan risiko kepada jangkitan. Jangkitan atau luka kecil yang dialalmi oleh penghidap diabetes boleh merebak menjadi lebih besar dan boleh berakhir […]

Continue Reading

Gejala-gejala Kencing Manis/Diabetes

Seseorang individu mungkin tidak mengetahui bahawa dia telah menghidap kencing manis oleh kerana tanda-tanda yang dialami tidak serius. Tambahan pula, gejala-gejala tersebut mungkin tidak membawa kesakitan kepada penghidap kencing manis. Tetapi, jika ianya dibiarkan secara berlarutan tanpa mengambil langkah-langkah mengawal paras gula dalam darah pada tahap yang normal, akibat yang lebih buruk boleh berlaku ke atas penghidap kencing manis seperti masalah buah pinggang, amputasi serta masalah jantung. Jom ketahui gejala-gejala kencing manis supaya langkah-langkah sewajarnya boleh diambil untuk memastikan paras gula dalam darah berada pada […]

Continue Reading

8 Kelebihan Berjalan Kaki

Berjalan merupakan satu aktiviti yang sangat mudah dan sesuai dilakukan oleh semua lapisan umur. Tidak kira di rumah atau di pejabat, ianya merupakan aktivitiyang sesuai dilakukan di mana sahaja. Pernahkah kita perasan bahawa kita menjadi lebih bertenaga dan ceria selepas menghirup udara segar di kawasan rumah atau taman-taman awam? Salah satu punca kita merasa lebih ceria dan bertenaga adalah dari aktiviti berjalan tersebut. Walaupun ianya buakn aktiviti senaman yang penuh, tetapi apabila ianya dilakukan secara konsisten, ianya akan memberi impak positif. Jadi, mari kita lihat […]

Continue Reading