Jaga Kesihatan Kaki di Musim Hujan

Di Malaysia, hujung tahun pasti disapa dengan musim hujan atau tengkujuh. Di sebahagian negeri , terutamanya di pantai timur, musim hujan boleh membawa kepada banjir. Pada waktu di mana keadaan menjadi lebih lembap dan basah ini, penjagaan kaki bagi pesakit diabetes menjadi lebih penting. Anda mungkin terpaksa berada di dalam situasi di mana terpaksa melalui kawasan yang berlopak dan air bertakung. Berikut beberapa langkah yang boleh diambil bagi manjaga kesihatan kaki di musim hujan. Pastikan kaki berada dalam keadaan yang bersih Dengan memastikan kakimdalam kedaan […]

Continue Reading

Diabetes & Yogurt

Yogurt boleh menjadi pilihan sarapan yang padat dengan kaya dengan nutrien atau boleh dijadikan sebagai hidangan snek yang mudah. Kandungan karbohidratnya yang rendah memberikan nilai tambah kepada pesakit diabetes menjadikan ianya sesuai dijadikan hidangan harian. Pergi sahaja ke pasar raya atau ke kedai runcit berdekatan, pasti dihidangkan dengan pilihan yogurt yang pelbagai perisa dan jenama. Tetapi, bukan yogurt ini yang dimaksudkan sesuai untuk pesakit diabetes. Kebanyakan yogurt berperisa ini mengandungi kandungan gula yang tinggi. Ia juga menyebabkan kandungan karbohidrat adalah tinggi dan sekiranya diambil oleh pesakit diabetes, […]

Continue Reading

Diet Atkins & Stevia

Diet Atkins merupakan corak pemakanan yang diperkenalkan oleh  Dr. Robert C. Atkinsbagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak yang tersimpan di dalam badan. Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai sumber tenaga.  Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut. Prinsip Diet Atkins ‘adalah bahawa, dengan menyekat karbohidrat, tubuh kita dipaksa untuk membakar lemak yang disimpan, bukan karbohidrat untuk bahan bakar. Pendekatan Diet Atkins boleh memberi kesan […]

Continue Reading

5 Tips Kekal Muda

Suka atau tidak jika dipuji anda kelihatan muda 3, 5, 10 tahun lebih muda daripada umur anda? Kebanyakan orang apabila dipuji begitu pasti bangga dan kembang hidung mendapat pujian sebegitu.  Nak tahu tips kekal muda dan menawan? Jom ikuti tips-tips mudah untuk kekal muda dan sihat. Minum jus sayur-sayuran dan buah-buahan Pilih untuk mengambil jus buah-buahan atau sayur-sayuran di dalam diet harian anda. Yang terbaik pilih minuman buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar. Jus ini juga amat mudah dibuat di rumah menggunakan bahan-bahan yang sedia ada […]

Continue Reading

Apa Kelebihan Hujan

Apa pandangan anda berkenaan musim hujan? Biasanya di Malaysia, musin hujan adalah pada hujung tahun. Kebanyakan rakyat Malaysia akan mengambil kesempatan pada musim cuti sekolah pergi bercuti bersama ahli keluarga. Ramai juga yang memilih untuk pulang ke kampung halaman menziarahi ibu bapa.  Apa kaintannya cerita berkenaan balik kampung dan hujan? Terkadang dalam keadaan tersebut, kita pernah mengeluh apabila cuaca bertukar mendung dan hujan. Aktiviti-aktiviti luar yang telah dirancang selama berhari, berminggu atau berbulan tergendala ataupun tidak dapat dilakukan.  Namun, hujan juga merupakan satu nikmat yang […]

Continue Reading

Terlupa Mengambil Insulin

Terlupa mengambil insulin di kalangan penghidap kencing manis merupakan situasi yang biasa dihadapi. Selain itu, boleh terjadi seseorang itu tidak ingat samada telah mengambil atau belum dos insulin tersebut. Apa yang menyebabkan situasi ini sering terjadi dan bagaiman cara mengatasinya akan dikongsikan bersama. Antara sebab yang paling utama individu yang bergantung kepada insulin terlupa mengambil insulin adalah: Berada dalam situasi yang sibuk Berada dalam keadaan yang stres Perhatian yang terganggu Menghidap kencing manis tidak bermakna kita perlu menjadi lemah dan tidak bermaya. Malah, amatdigalakkan melakukan […]

Continue Reading

Kepentingan Menjaga Kesihatan

Satu soalan yang mudah. Adakah kesihatan itu penting? “Ya, sudah semestinya” “Mestilah, kesihatan memang penting” “Penting sangat, kalau sakit satu kerja pun tak boleh buat” Semua orang tahu bahawa kesihatan itu penting. Tetapi, berapa ramai yang faham erti menjaga kesihatan. Bagi sesetengah orang menjaga kesihatan bermaksud mempunyai BMI yang normal, atau tidak pernah sakit yang teruk, atau masih boleh menjalani hidup seharian dengan sendiri dan beberapa tanggapan lain. Mungkin juga selagi doktor tidak mengesahkan kita mempunyai sebarang penyakit, selagi itu kita beranggapan bahawa kita mempunyai […]

Continue Reading

Kencing Manis ketika Hamil

ANDA BOLEH BERISIKO TERKENA DIABETES SEMASA HAMIL JIKA:  Berat badan berlebihan pernah mempunyai sejarah diabetes semasa hamil anak pertama keturunan APA NAK BUAT KALAU TERKENA DIABETES SEMASA HAMIL : Paling penting adalah mengawal pemakanan.  Cuba ambil makanan yang mempunyai indeks glisemik rendah. Kiraan indeks glisemik dikira dari kiraan 0 hingga 100. Nilai 0 adalah apabila makanan tidak meningkat paras glukosa dalam darah dan nilai maksimum peningkatan gula dalam darah adalah 100. GI rendah apabila ia bernilai <55  GI sederhana apabila ia bernilai dari 56ke 69   […]

Continue Reading