4 Fakta Mengenai Kentut

Pernahkah anda mengalami keadaan di mana anda terperangkap di dalam bilik yang dipenuhi orang, samada orang yang dikenali mahupun tidak dikenali, dan tidak boleh keluar atas sebab yang tertentu. Dan pada waktu itu anda merasakan perut anda sakit dan memerlukan anda menarik diri dengan segera dari kawasan tersebut kerana anda ingin KENTUT? Pada saat ini anda mungkin akan menimbang dua situasi ekstrim yang mungkin berlaku jika anda melepaskan gas tersebut. Pertama, anda akan kkentut dengan mengeluarkan bunyi yang kuat dan terpaksa menahan malu akhirnya. Atau […]

Continue Reading

3 Kelebihan Daun Pegaga

Di Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai jenis ulam-ulaman. Memikirkannya sahaja sudah membuatkan mereka yang menggemari ulam-ulaman segar terliur dan ditambah pula dinikmati bersama sambal belacan, budu, cencalok dan sebagainya. Pasti memikat selera sesiapa jua.  Antara ulam-ulaman yang popular termasuklah petai, jering, ulam raja, kacang botol, pucuk paku, belimbing buluh, jantung pisang, dan pegaga. Ini hanyalah sebahagian dari pelbagai jenis ulam yang terdapat di Malaysia. Kali ini, kami ingin berkongsi menegenai kelebihan daun pegaga. Secara saintifinnya, ia dikenal sebagai Centella asiatica. Daun pegaga kebiasaannya dijadikan ulam […]

Continue Reading

Resipi: Jus Buah Belimbing

Cara yang lebih baik selain menikmati buah-buahan adalah dengan membuat jus buah-buahan. Kali ini kami mahu berkongsi resepi jus belimbing yang pasti kebaboom dibuatnya. Rahsia di sebalik jus buah belimbing yang sedap adalah pada buah itu sendiri. Pilihan kami, buah yang hampir masak tetapi masih mempunyai sedikit rasa masam. Apa yang bestnya minum air buah fresh dari rumah? Pastinya tidak sama yang di kedai kerana kita boleh buat mengikut selera kita. Cukup sekiranya anda mempunyai mesen pengisar. Tetapi terbaik jika anda mempunyai mesen pengisar khas untuk […]

Continue Reading

5 Kelebihan Daun Pandan

Di Malaysia, daun pandan mudah didapati di mana sahaja. Daun pandan juga mudah untuk ditanam. Hanya dapatkan sedikit bahagian daripada pokok pandan bersama akarnya, dan tanamkan sahaja di tempat yang baru. Ia juga mudah membiak dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Tetapi, jika anda mempunyai ruang kebun yang kecil, anda dinasihatkan memotong lebihan daun pandan tersebut supaya nampak lebih kemas.  Daun pandan telah digunakan secara meluas di Malaysia terutamanya bagi mengahrumkan dan memberi aroma kepada masakan tersebut seperti nasi, kuih gula melaka, kuih seri muka, […]

Continue Reading

Tekanan Darah Tinggi & Tekanan Darah Rendah

Apa itu tekanan darah tinggi? Darah tinggi bermakna apabila bacaan Tekanan Darah(BP) menunjukkan bacaan sistolik 140mm Hg atau lebih dan atau diastolik 90mm Hg atau lebih mengambil ubat darah tinggi. Faktor meningkatkan risiko penyakit tekanan darah tinggi termasuklah: » Berat badan berlebihan atau obes » Umur semakin meningkat » Merokok » Tidak bersenam » Stress atau tekanan Komplikasi yang mungkin berlaku akibat tekanan darah tinggi yang tidak terkawal termasuklah: » Penyakit jantung koronari » Strok/angin ahmar » Kegagalan fungsi buah pinggang Apa itu tekanan darah […]

Continue Reading

3 Kelebihan Bersugi

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kalau tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali hendak menunaikan solat” (Hadis Riwayat Al-Bukhari).                                                                             _______________________ Bersugi boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Namun, terdapat waktu-waktu yang digalakkan untuk kita bersugi termasuklah: ketika ingin mendirikan solat – […]

Continue Reading

Rawat Diabetes dengan Berkebun

Berkebun bukan sahaja senaman yang sesuai untuk semua lapisan umur, ia juga langkah yang bijak bagi mendapatkan sumber sayuran yang organik dan rendah. Bagaimana pula jika anda tinggal di rumah apartment dan tidak mempunyai tanah? Berkebun tidaklah bermakna anda memerluka seekar tanah untuk bercucuk tanam. Pasti anda boleh menjumpai sedikit ruang yang boleh dijadikan taman mini anda. Selain itu, anda boleh cuba berkebun melalui kaedah hidroponik yang sesuai digunakan pada ruangan yang terhad. Pilih benih sayuran yang sesuai dengan ruang yang anda seperti tomato, cili, […]

Continue Reading

Diabetes bukanlah masalah besar!

Ya, diabetes bukanlah masalah besar kepada anda sehingga anda menghidapnya. Namun, bagi sebahagian pesakit diabetes juga beranggapan begitu sehinggalah mereka mengalami komplikasi-komplikasi yang tidak menyenangkan. Diabetes bukanlah satu penyakit yang datang secara tiba-tiba. Tetapi ianya berkembang dalam masa beberapa tahun dan mungkin tanpa disedari akibat daripada gaya hidup yang tidak sihat. Buktinya adalah peningkatan bilangan pesakit diabetes setiap tahun. Mungkin ada benarnya- ramai yang masih menganggap diabetes bukanlah masalah besar jika dibandingkan dengan penyakit jantung, masalah buah pinggang, ataupun hilang anggota badan akibat kemalangan. Namun, tahukah […]

Continue Reading

Diabetes dan Hiperglisemia(Hyperglycaemia)

Hiperglisemia (hyperglycemia) adalah keadaan di mana tahap glukosa anda terlalu tinggi. Anda juga berkemungkinan tidak menyedari akan situasi ini kerana keadaan hiper boleh terjadi dalam masa beberapa jam sehingga beberapa hari. Walaupun tahap glukosa dalam darah mereka naik dengan tinggi, mereka tidak menyedari akan situasi tersebut sehinggalah melakukan ujian darah. Beberapa perkara boleh menjadi punca berlakunya situasi hiperglisemia ke atas pesakit diabetes. Antaranya adalah: Berada dalam keadaan yang tertekan Tidak sihat dari satu jangkitan Mengambil terlalu banyak makanan karbohidrat yang melebihi keupayaan insulin dan ubat […]

Continue Reading

Diabetes dan Hipoglisemia(Hypoglycemia)

Hipoglisemia atau juga dikenali sebagai hipo, adalah merupakan keadaan di mana paras glukosa(gula) dalam darah individu penghidap diabetes/kencing manis telah jatuh terlalu rendah, iaitu di bawah 4mmol/L. Sekiranya situasi hipo dialami, pesakit perlu dirawat dengan segera bagi mengelakkan paras glukosa daruipada terus jatuh lebih rendah sehingga mengakibatkan pesakit menjadi semakin tidak sihat. Hipoglisemia boleh membuatkan individu tersebut mengalami kesukaran untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian seperti memasak, berjalan, dan sebagainya. Malah, pesakit juga mempunyai masalah untuk memberikan perhatian dan kelihatan seperti tidak bermaya. Oleh itu, aktiviti seperti […]

Continue Reading