3 Kelebihan Bersugi

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kalau tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali hendak menunaikan solat”

(Hadis Riwayat Al-Bukhari).

                                                                            _______________________

Bersugi boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Namun, terdapat waktu-waktu yang digalakkan untuk kita bersugi termasuklah:

  • ketika ingin mendirikan solat – semasa berwudhuk
  • ketika hendak membaca AlQuran – sebagai adab yang dituntut
  • ketika berubah bau mulut – disebabkan bangun daripada tidur, terlalu lama berdiam diri, meninggalkan makan, atau memakan sesuatu yang mengubah bau mulut seperti jering, petai, bawang dan lain-lain yang berbau
  • ketika gigi bertukar kekuningan

Sumber: Lukisan Dakwah Islam

Terdapat pelbagai kelebihan kesihatan kepada mereka yang mengamalkan sunnah bersugi ini. Ia bukan sahaja memberi kesihatan kepada gigi dan mulut, malah ia juga memberi kelebihan pada kesihatan keseluruhan. Kerana banyak penyakit berpunca daripada mulut. Oleh itu, mulut yang bersih akan membawa kepada kesihatan badan yang lebih baik. Antara kebaikan bersugitermasuklah:

  • mengharumkan mulut 

kayu sugi mempunyai aroma tersendiri dan memiliki rasa dan bau yang segar malah menjadikan mulut menjadi harum dan menghilangkan bau yang kurang sedap.

  • Menghilangkan kuman dan membantu penghadaman

Penggunaan kayu sugi secara berterusan mampu mengurangkan kadar bakteria lebih baik berbanding penggunaan berus gigi. Ia juga merangsang pengeluaran air liur yang lebih, di mana ia merupakan organik mulut yang melindungi dan membersihkan mulut.

  • Memutihkan gigi

Berkesan menghapuskan plak berbanding berus gigi. Ia juga mengandungi enzim yang mencegah pembentukan plak yang menjadi punca berlakunya radang gusi. Plak yang dibiarkan lama dan tidak dirawat atau dibersihkan menjadi punca gigi tertanggal secara pramatang. 

Selain itu, membersihkan plak pada gigi secara rutin merupakan salah satu cara yang mudah dan ekonomi bagi mencegah serangan strok dan penyakit jantung.

  • Menguatkan gusi

Mempunyai antibakteria yang berfungsi untuk membunuh bakteria, mencegah infeksi dan menghentikan pendarahan pada gusi

  • Menambahkan pahala – mengikuti sunnah nabi
  • Melambatkan tua (uban)
  • Mencerahkan penglihatan
  • Menguatkan minda

Membersihkan mulut, gigi dan gusi menggunakan kayu sugi amat mudah dan prakikal selain daripada kelebihan bersugi yang disebutkan di atas. Kayu sugi mudah dibawa ke mana sahaja, di dalam beg atau poket. Malah, kayu sugi tidak memerlukan ubat gigi atau bahan tambahan lain utuk menggunakannya seperti berus gigi. Setiap kali penggunaan, kayu sugi akan berkurangan sedikit demi sedikit memudahkan kita mengetahui hayat kayu sugi tersebut. Penjagaannya juga mudah, hanya perlu basuh dan keringkan setiap kali selepas menggunakannya.

***Ingin kekal sihat, cergas dan bertenaga? Sweet Stevia Drops merupakan pemanis semulajadi tanpa kalori yang sesuai digunakan oleh penghidap diabetes/kencing manis dan membantu menurunkan paras gula dalam darah. Sweet Stevia Drops juga sesuai digunakan oleh mereka yang mementingkan kesihatan. Ianya amat mudah digunakan dan mudah dibawa ke mana sahaja.

Dapatkan stevia anda hari ini di sini atau hubungi +6013-374 6394.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *