3 Kelebihan Daun Pegaga

Di Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai jenis ulam-ulaman. Memikirkannya sahaja sudah membuatkan mereka yang menggemari ulam-ulaman segar terliur dan ditambah pula dinikmati bersama sambal belacan, budu, cencalok dan sebagainya. Pasti memikat selera sesiapa jua. 

Antara ulam-ulaman yang popular termasuklah petai, jering, ulam raja, kacang botol, pucuk paku, belimbing buluh, jantung pisang, dan pegaga. Ini hanyalah sebahagian dari pelbagai jenis ulam yang terdapat di Malaysia.

Kali ini, kami ingin berkongsi menegenai kelebihan daun pegaga. Secara saintifinnya, ia dikenal sebagai Centella asiatica. Daun pegaga kebiasaannya dijadikan ulam tanpa perlu direbus atau dimasak. Pegaga tidak mempunyai rasa yang pahit, jadi tidak hairanlah ianya dihidangkan begitu sahaja. Tambahan pula, ulam pegaga yang segar mempunyai rasa rangup apabila dikunyah, membuatkan ramai yang ingin lagi dan lagi.

 Tahukah anda?

Daun pegaga bukan sahaja mempunyai khasiat kepada kesihatan, malah ia boleh memberi impak yang besar kepada kecantikan.

Antara kelebihan daun pegaga:

Menyerikan wajah

Amalan meminum rebusan daun pegaga dikatakan mampu menyerikan wajah dan menjadikan wajah kelihatan awet muda. Untuk menghasilkan jus pegaga, ambil secekak daun pegaga bersama batang dan akar. Kemudian, rebus bersama 2 gelas cawan air sehingga air rebusan tinggal segelas dan biarkan sejuk. Minum air rebusan tersebut selepas makan malam, 3 kali seminggu bagi mendapatkan wajah berseri dan awet muda secara tradisional. Anda boleh minum begitu sahaja atau boleh menambah pemanis semulajadi seperti madu atau stevia.

Selain mendapatkan jus pegaga daripada air rebusan, anda juga boleh mendapatkan jus pegaga tanpa perlu merebusnya. Caranya adalah dengan mengambil secekak daun pegaga dan tumbuk(atau kisar) sehingga halus. Tapis patinya dan tambahkan setengah gelas air kepada pati tersebut untuk diminum. Minum pada waktu pagi sebelum mengambil sarapan. Hampasnya pula, jangan dibuang dahulu. Lumurkan rata hampas tersebut ke wajah(atau jadikan masker) anda dan biarkan selama beberapa minit atau anda boleh membiarkannya di wajah sambil menyiapkan sarapan pagi.

sumber: MedikTV

Penyembuhan luka

Daun pegaga digunakan secara tradisional bagi merawat luka-luka kecil. Tumbuhan ini mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai triterpenoids yang menyumbang kepada sifat antiseptiknya dan membantu mempercepatkan penyembuhan luka, meningkatkan aktioksida di kawasan yang dijabgkiti, menguatkan kulit, malah membantu meningkatkan bekalan darah ke kawasan yang mengalami kecederaan. Sifat antioksidannya juga membantu mengurangkan kesan parut di bahagian yang tercedera. 

Meningkatkan aliran darah

Pegaga juga dikatakan dapat memabntu meningkatkan aliran darah menjadi lebih baik. Ia termasuklah membantu meredekan bengkak akibat masalah darah berkumpul terutama di bahagian kaki, salur darah lemah hingga menimbulkan urat berwarna ungu pada betis dan paha, kekejangan, serta masalah urat bersimpul. Oleh itu, daun pegaga juga sesuai dimakan atau diminum jusnya oleh penghidap tekanan darah tinggi.

Di atas merupakan sebahagian daripada kelebihan daun pegaga yang masih tak lapuk ditelan zaman. Memakan pegaga sudah menjadi amalan turun temurun dari zaman nenek moyang terdahulu dan berterusan sehingga kini. Ia pasti telah memberi kebaikan kepada mereka dan kita juga boleh mendapatkan kebaikan daripada khasiat daun pegaga. 

***Ingin kekal sihat, cergas dan bertenaga? Dr Sweet Stevia Drops merupakan pemanis semulajadi tanpa kalori yang sesuai digunakan oleh penghidap diabetes/kencing manis dan membantu menurunkan paras gula dalam darah. Dr Sweet Stevia Drops juga sesuai digunakan oleh mereka yang mementingkan kesihatan. Ianya amat mudah digunakan dan mudah dibawa ke mana sahaja.

Dapatkan stevia anda hari ini di sini atau hubungi +6013-374 6394.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *