4 Fakta Mengenai Kentut

Pernahkah anda mengalami keadaan di mana anda terperangkap di dalam bilik yang dipenuhi orang, samada orang yang dikenali mahupun tidak dikenali, dan tidak boleh keluar atas sebab yang tertentu. Dan pada waktu itu anda merasakan perut anda sakit dan memerlukan anda menarik diri dengan segera dari kawasan tersebut kerana anda ingin KENTUT?

Pada saat ini anda mungkin akan menimbang dua situasi ekstrim yang mungkin berlaku jika anda melepaskan gas tersebut. Pertama, anda akan kkentut dengan mengeluarkan bunyi yang kuat dan terpaksa menahan malu akhirnya. Atau kedua, anda tidak akan mengeluarkan bunyi yang kuat tetapi setiap orang di dalam bilik tersebut akan mengalami pencemaran bau yang teruk. Tetapi, jika anda menahan kentut lebih lama lagi, perut anda rasa seperti mahu meletup. Berapa ramai yang pernah melakukan kesemua di atas apabila tiada jalan keluar atau tidak sempat keluar sepenuhnya dari situasi tersebut?

Mengapa kita mengeluarkan kentut? Dan mengapa kentut berbau busuk?

4 Fakta Menarik Mengenai Kentut

Apa sebenarnya kentut?

Kentut berpunca daripada udara yang terperangkap, di dalam sistem pencernaan kita. Ianya terhasil daripda beberapa faktor seperti dari udara yang disedut, minum air, dari aktiviti memakan gula-gula getah atau disebabkan oleh bakteria di dalam usus. Apabila kita meminum air atau makan gula-gula getah, kita juga sedang menghirup banyak udara ke dalam sistem badan. Jika udara tersebut tidak keluar melalui sendawa, udara tersebut akan melalui sistem pencernaan dan keluar sebagai kentut. 

Kentut mengeluarkan bunyi apabila terdapat vibrasi pada lubang dubur semasa kentut. Kuat atau perlahan bunyi kentut bergantung kepada tekanan gas serta kekuatan otot di bahagian lubang dubur tersebut. Lebih tinggi tekanan gas, lebih kuat bau yang dikeluarkan jika otot di bahagian dubur lebih tegang. 

Mengapa Kentut Berbau Busuk?

Kentut biasanya terdiri daripada kira-kira 59% nitrogen, 21% hidrogen, 9% karbon dioksida, & 7% peratus metana dan 4% oksigen. Tetapi, yang membuatkan kentut berbau busuk adalah kandungan sulfur yang datang daripada gas hidrogen sulfida dan merkaptan yang terkandung di dalam kentut. Apa yang menariknya, kandungan sulfur ini hanyalah lebih kurang 1% daripada kandungan kentut tetapi cukup memberikan baunya yang terkenal itu. 

Semakin banyak anda mengambil makanan yang kaya dengan sulfur, semakin busuk bau kentut anda. Terdapat makanan yang lebih kaya dengan kandungan sulfur berbanding yang lain seperti kekacang, kobis, air berkarbonat, cheese dan juga telur menyebabkan bau kentut yang lebih busuk.

Menahan kentut mungkin tidak bagus untuk kesihatan

Kentut benar merupakan sebahagian daripada sebagahian daripada sistem pencernaan kita dan sebahagian mungkin menganggap menahan kentut bukanlah sesuatu yang membahayakan. Selain itu, menahan kentut tidaka pula mempunyai kes sehingga boleh menyebabkan kematian. Tetapi, menahan kentut juga boleh manjadikan keadaan yang tidak selesa kepada kita, boleh menyebabkan perut terasa kembung dan sakit. Lebih baik anda lepaskan sahaja ia keluar.

Kentut mudah terbakar

Kentut yang mengandungi gas metana dan hidrogen menjadikan kentut mudah sedikit mudah terbakar. Disebabkan itu, terdapat beberapa individu yang merasakan menyalakan pemetik api di laluan kentut sebagai sesuatu yang melucukan, menghasilkan nyalaan api yang besar. Walaupun ianya mungkin menyeronokkan bagi sesetengah individu, kelakuan tersebut tetap merbahaya.

***Ingin kekal sihat, cergas dan bertenaga? Dr Sweet Stevia Drops merupakan pemanis semulajadi tanpa kalori yang sesuai digunakan oleh penghidap diabetes/kencing manis dan membantu menurunkan paras gula dalam darah. Dr Sweet Stevia Drops juga sesuai digunakan oleh mereka yang mementingkan kesihatan. Ianya amat mudah digunakan dan mudah dibawa ke mana sahaja.

Dapatkan stevia anda hari ini di sini atau hubungi +6013-374 6394.

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *