5 Kelebihan Daun Pandan

Di Malaysia, daun pandan mudah didapati di mana sahaja. Daun pandan juga mudah untuk ditanam. Hanya dapatkan sedikit bahagian daripada pokok pandan bersama akarnya, dan tanamkan sahaja di tempat yang baru. Ia juga mudah membiak dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Tetapi, jika anda mempunyai ruang kebun yang kecil, anda dinasihatkan memotong lebihan daun pandan tersebut supaya nampak lebih kemas. 

Daun pandan telah digunakan secara meluas di Malaysia terutamanya bagi mengahrumkan dan memberi aroma kepada masakan tersebut seperti nasi, kuih gula melaka, kuih seri muka, bubur kacang, pengat pisang dan sebagainya. Di samping sesuai digunakan di dalam pelbagai juadah, daun pandan juga mempunyai khasiat kepada kesihatan.

Kelebihan Daun Pandan

1. Membantu menurunkan tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko individu tersebut megalami strok. Antara kesan yang dialami oleh mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi termasuklah merasa pening dan letih yang berlebihan. Situasi ini sedikit sebanyak mengganggu momentum dan konsentrasi melakukan kerja seharian. Cara yang terbaik bagi mengawal tekanan darah adalah dengan mengelakkan mengambil pelbagai jenis makanan mengandungi kandungan garam yang tinggi, makanan berminyak, makanan tinggi kalori dan seumpanya. Sebagai contoh, pelbagai jenis kerepek dan kekacang yang dicampur dengan garam, kentang goreng, makanan manis seperti donut dan kuih muih, marjerin, daging merah dan sebagainya. 

Daun pandan dapat membantu menurunkan tekanan darah anda. Caranya adalah dengan mengambil beberapa helai daun pandan dan  campurkan 2 cawan air ke dalam periuk kecil. Rebus sehingga airnya tinggal separuh. Biarkan sejuk dan minum separuh pada waktu pagi dan bakinya pada waktu petang. Anda juga boleh memasukkan stevia ke dalam air rebusan tersebut untuk sedikit rasa manis. 

2. Menghapuskan kelemumur

Tidak ada yang lebih menjengkelkan daripada kulit kepala yang gatal akibat kelemumur. Kelemumur juga merupakan salah satu punca rambut gugur. Anda boleh menggunakan daun pandan bagi mengatasi masalah kelemumur. Caranya dengan mengambil 10 helai daun pandan, bersihkan, dan kisar sehingga halus dan lembut. Tambah sedikit air supaya ianya menjadi pes dan pastikan ianya tidak terlalu cair. Ambil pes tersebut dan lumurkan ke kulit kepala dan rambut dengan rata. Bairkan selama beberapa minit dan bilas bersih.

3. Mengatasi masalah rambut gugur

Daun pandan juga boleh digunakan dalam membantu membantu mengatasi masalah rambut gugur. Caranya sama seperti di atas dengan membuat pes daun pandan. Lumurkan rata pada kepala dan rambut dan biarkan selama 1 hingga 2 jam. Basuh sehingga bersih. Terbaik dilakukan pada waktu pagi.

4. Penghalau lipas semulajadi

Lipas memberi masalah yang sama besarnya seperti nyamuk. Kemunculannya sahaja boleh menyebabkan jantung berdegup kencang akibat kemarahan atau ketakutan. Walau apa pun, lipas tersebut perlu dihapuskan. Anda boleh menggunakan penyembur serangga yang boleh didapati daripada pasaraya berhampiran. Elakkan daripada memijak lipas tersebut kerana ia akan melepaskan kuman dan bakteria ke kawasan sekeliling.

Tetapi jika anda tidak menyukai penyembur serangga di pasaran, anda juga boleh membuat sendiri penghalau lipas secara natural di rumah anda. Caranya adalah dengan menggunakan ekstrak daun pandan. Campurakn sedikit air bersama ekstrak daun pandan dan masukkan ke dalam botol semburan. Sembur di kawasan yang lipas suka muncul.

Anda juga boleh menghasilkan ekstrak daun pandan sendiri dengan mengambil 10 helai daun pandan, bersihkan, dan potong kepada beberapa bahagian yang lebih kecil. Masukkan ke dalam mesen pengisar bersama 1/2 cawan air. Kisar sehingga halus. Tapiskan. Anda boleh gunakan sedikit sebagai penghalau lipas dan bakinya digunakan di dalam masakan.

5. Membantu menurunkan paras gula dalam darah

Daun pandan juga boleh membantu menurunkan paras gula dalam darah anda. Anda boleh membuat teh daun pandan atau ektrak daun pandan sebagai minuman. Sekiranya anda menggunaka ekstrak daun pandan, ambil sedikit dan tambah air mengikut citarasa anda.

Teh daun pandan

Bahan:

4 helai daun pandan, diikat sekali

5 biji buah pelaga

3 cawan air

Halia

Sweet Stevia Drops

Cara-cara:

Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan semua bahan kecuali Sweet Stevia Drops. Masak selama 10 minit. Angkat dan tapis air ke dalam cawan. Tambah Sweet Stevia Drops mengikut citarasa anda.

***Ingin kekal sihat, cergas dan bertenaga? Sweet Stevia Drops merupakan pemanis semulajadi tanpa kalori yang sesuai digunakan oleh penghidap diabetes/kencing manis dan membantu menurunkan paras gula dalam darah. Sweet Stevia Drops juga sesuai digunakan oleh mereka yang mementingkan kesihatan. Ianya amat mudah digunakan dan mudah dibawa ke mana sahaja.

Dapatkan stevia anda hari ini di sini atau hubungi +6013-374 6394.

You may also like

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *