5 Manfaat Mandi sebelum Subuh

Pernahkah anda perasan apabila anda mandi di awal pagi, tubuh badan akan merasa lebih bertenaga, otak terasa lebih segar dan jiwa anda merasa lebih bersemangat? Bukan anda sahaja, namun ramai di luar sana merasakan yang sama. Ianya terasa seperti sebuah magik. Hanya dengan mandi di awal pagi, ianya dapat memberikan kesegaran yang luar biasa.

Bukankah ianya menunjukkan bahawa mandi sebelum subuh mempunyai 1001 kelebihan bukan sahaja secara fizikal, malah kepada mental juga? Apa lagi ya kelebihan mandi sebelum subuh?

1. Melancarkan Peredaran Darah

Mandi sebelum subuh akan membantu melancarkan peredaran darah. Air yang dingin tersebut membantu maransang peredaran darah yang lebih baik serta sistem saraf juga menjadi lebih aktif. Apabila peredaran darah baik, darah yang membawa pelbagai nutrien penting untuk badan dapat dihantar secara efektif ke setiap anggota. Kesannya boleh dirasai apabila otak menjadi lebih segar, terasa lapang, dan lebih bersedia. Tubuh badan juga terasa seperti mahu memulakan hari dengan perasaan yang bersemangat. Ia akan menjadi satu hari yang positif sudah semestinya. 

2. Menjadikan kulit lembut, halus dan cantik

Begitu mudah bukan untuk mendapatkan kulit lembut, halus dan cantik? Umat Islam juga disuruh meratakan air ke anggota badan melalui aktivit berwudhuk dan wajib dilakukan setiap hari untuk menunaikan Solat Subuh. Alangkah ajaibnya kita diberikan kelebihan mendapat wajah yang cantik hanya dengan kewajipan solat. Malahan, air yang dingin di awal pagi juga membantu mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata menjadikan wajah lebih berseri dan mata lebih bersinar.

3. Mampu menurunkan risiko darah tinggi

Penyebab utama kepada penyakit darah tinggi adalah saluran darah yang tersumbat pada bahagian-bahagian tertentu sehingga jantung terpaksa mengepam dengan lebih kuat bagi menyalurkan darah ke seluruh badan. Dengan mandi sebelum waktu fajar, ianya menbantu peredaran darah menjadi lebih baik seterusnya menurunkan risiko darah tinggi. Ianya merupakan langkah pencegahan yang bagus kepada golongan muda bagi mengelakkan penyakit darah tinggi di masa hadapan.

4. Mampu meningkatkan sel darah putih

Kandungan sel darah putih yang baik di dalam saluran darah adalah amat penting. Apabila kandungan sel darah putih di dalam badan meningkat, maka daya tahan dan kemampuan tubuh badan melawan virus akan meningkat. Kesannya, badan tidak mudah diserang penyakit oleh kerana sistem imunisasi badan terjaga dengan baik. Badan bukan sahaja terasa lebih sihat, malah lebih bertenaga kerana sistem badan membekalkan tenaga kepada anggota bagi melakukan aktiviti harian dan bukan digunakan untuk melawan penyakit dan virus. 

5. Membuat rambut lebih sehat.

Mandi awal pagi juga memberikan kelebihan kepada kesihatan rambut. Air yang dingin tersebut dapat membantu menguatkan akar rambut, menjadikan rambut lebih kuat dan tidak mudah gugur. Jadi, anda tidak lagi perlu risau masalah rambut yang menipis ataupun masalah lantai yang kerap perlu disapu dan menjelikkan mata punca dari masalah rambut gugur. 

6. Mampu meredakan kemurungan

Perasaan air yang jatuh dari kepala ke muka ke tangan, badan dan seterusnya ke kaki memberukan suatu ketenangan, merawat dan menyegarkan. Nikmat air bukan sahaja memnuhi keperluan apabila dahaga, memasak, dan menyucikan sesuatu, malah sifat air yang tenang juga memberikan kesegaran dan salah satu sumber ketenangan jiwa. Perasaan menjadi lebih bertenaga untuk memulakan hari.

Mungkin ada yang risau akan menjadi terlalu sejuk kerana waktu yang terlalu awal. Tetapi, mandi sebelum subuh mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan. Mungkin boleh mandi dengan dimulakan membasuh bahagian kaki dahulu dan bergerak secara perlahan sehingga ke kepala. Ianya juga memberikan masa untuk badan menyesuaikan dengan keadaan tersebut dan tidak terkejut dengan perubahan yang mendadak. 

***Ingin kekal sihat, cergas dan bertenaga? Sweet Stevia Drops merupakan pemanis semulajadi tanpa kalori yang sesuai digunakan oleh penghidap diabetes/kencing manis dan mereka yang mementingkan kesihatan, di dalam memaniskan makanan/minuman seharian. Ianya juga sangat mudah digunakan dan mudah dibawa ke mana sahaja.

Dapatkan stevia anda hari ini di sini atau hubungi +6013-374 6394.

 

You may also like

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *