4 Fakta Mengenai Kentut

Pernahkah anda mengalami keadaan di mana anda terperangkap di dalam bilik yang dipenuhi orang, samada orang yang dikenali mahupun tidak dikenali, dan tidak boleh keluar atas sebab yang tertentu. Dan pada waktu itu anda merasakan perut anda sakit dan memerlukan anda menarik diri dengan segera dari kawasan tersebut kerana anda ingin KENTUT? Pada saat ini anda mungkin akan menimbang dua situasi ekstrim yang mungkin berlaku jika anda melepaskan gas tersebut. Pertama, anda akan kkentut dengan mengeluarkan bunyi yang kuat dan terpaksa menahan malu akhirnya. Atau […]

Continue Reading

3 Kelebihan Daun Pegaga

Di Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai jenis ulam-ulaman. Memikirkannya sahaja sudah membuatkan mereka yang menggemari ulam-ulaman segar terliur dan ditambah pula dinikmati bersama sambal belacan, budu, cencalok dan sebagainya. Pasti memikat selera sesiapa jua.  Antara ulam-ulaman yang popular termasuklah petai, jering, ulam raja, kacang botol, pucuk paku, belimbing buluh, jantung pisang, dan pegaga. Ini hanyalah sebahagian dari pelbagai jenis ulam yang terdapat di Malaysia. Kali ini, kami ingin berkongsi menegenai kelebihan daun pegaga. Secara saintifinnya, ia dikenal sebagai Centella asiatica. Daun pegaga kebiasaannya dijadikan ulam […]

Continue Reading

5 Kelebihan Daun Pandan

Di Malaysia, daun pandan mudah didapati di mana sahaja. Daun pandan juga mudah untuk ditanam. Hanya dapatkan sedikit bahagian daripada pokok pandan bersama akarnya, dan tanamkan sahaja di tempat yang baru. Ia juga mudah membiak dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Tetapi, jika anda mempunyai ruang kebun yang kecil, anda dinasihatkan memotong lebihan daun pandan tersebut supaya nampak lebih kemas.  Daun pandan telah digunakan secara meluas di Malaysia terutamanya bagi mengahrumkan dan memberi aroma kepada masakan tersebut seperti nasi, kuih gula melaka, kuih seri muka, […]

Continue Reading

Tekanan Darah Tinggi & Tekanan Darah Rendah

Apa itu tekanan darah tinggi? Darah tinggi bermakna apabila bacaan Tekanan Darah(BP) menunjukkan bacaan sistolik 140mm Hg atau lebih dan atau diastolik 90mm Hg atau lebih mengambil ubat darah tinggi. Faktor meningkatkan risiko penyakit tekanan darah tinggi termasuklah: » Berat badan berlebihan atau obes » Umur semakin meningkat » Merokok » Tidak bersenam » Stress atau tekanan Komplikasi yang mungkin berlaku akibat tekanan darah tinggi yang tidak terkawal termasuklah: » Penyakit jantung koronari » Strok/angin ahmar » Kegagalan fungsi buah pinggang Apa itu tekanan darah […]

Continue Reading

3 Kelebihan Bersugi

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kalau tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali hendak menunaikan solat” (Hadis Riwayat Al-Bukhari).                                                                             _______________________ Bersugi boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Namun, terdapat waktu-waktu yang digalakkan untuk kita bersugi termasuklah: ketika ingin mendirikan solat – […]

Continue Reading

Rawat Diabetes dengan Berkebun

Berkebun bukan sahaja senaman yang sesuai untuk semua lapisan umur, ia juga langkah yang bijak bagi mendapatkan sumber sayuran yang organik dan rendah. Bagaimana pula jika anda tinggal di rumah apartment dan tidak mempunyai tanah? Berkebun tidaklah bermakna anda memerluka seekar tanah untuk bercucuk tanam. Pasti anda boleh menjumpai sedikit ruang yang boleh dijadikan taman mini anda. Selain itu, anda boleh cuba berkebun melalui kaedah hidroponik yang sesuai digunakan pada ruangan yang terhad. Pilih benih sayuran yang sesuai dengan ruang yang anda seperti tomato, cili, […]

Continue Reading

3 Tips Sebelum Berkebun

Aktiviti berkebun sesuai dijadikan hobi khusunya kepada warga emas. Berkebun bukan sahaja menjadi satu hobi yang menyihatkan, malah boleh memberikan ketenangan dan kepuasan dengan permandangan kebun dan tumbuhan yang membesar dengan sihat. Tidak kira samada kebun yang dihasilkan kecil atau besar, pilih mengikut kesesuain ruang dan minat anda.  Sebelum anda memulakan aktiviti berkebun, terdapat beberapa perkara yang harus diambil kira supaya anda dapat mengekalkan dan meningkatkan kesihatan yang baik serta mengekalkan hobi berkebun anda. Jom ikuti tips sebelum berkebun di bawah ini. Pakaian yang sesuai […]

Continue Reading

3 Tips Menyukai Stevia

Ia mungkin mengambil sedikit masa untuk anda mencari stevia yang bersesuaian dengan citarasa anda serta sedikit percubaan di dalam resepi-resepi harian. Namun, hasil akhir pasti membanggakan apabila anda dapat menikmati smoothies, kek, biskut, dan kuih muih yang menggunakan stevia, malah mempunyai rasa yang kekal sama tanpa menyebabkan peningkatan yang drastik terhadap bacaan gula dalam darah anda. Bagaimana ingin bertukar kepada pemanis semulajadi stevia dan menyukai stevia di dalam diet harian? Ikuti tips di bawah bagaimana anda boleh bertukar dan menyukai stevia. Mula secara beransur-ansur Ya, […]

Continue Reading

Jaga Kesihatan Kaki di Musim Hujan

Di Malaysia, hujung tahun pasti disapa dengan musim hujan atau tengkujuh. Di sebahagian negeri , terutamanya di pantai timur, musim hujan boleh membawa kepada banjir. Pada waktu di mana keadaan menjadi lebih lembap dan basah ini, penjagaan kaki bagi pesakit diabetes menjadi lebih penting. Anda mungkin terpaksa berada di dalam situasi di mana terpaksa melalui kawasan yang berlopak dan air bertakung. Berikut beberapa langkah yang boleh diambil bagi manjaga kesihatan kaki di musim hujan. Pastikan kaki berada dalam keadaan yang bersih Dengan memastikan kakimdalam kedaan […]

Continue Reading

Diabetes & Yogurt

Yogurt boleh menjadi pilihan sarapan yang padat dengan kaya dengan nutrien atau boleh dijadikan sebagai hidangan snek yang mudah. Kandungan karbohidratnya yang rendah memberikan nilai tambah kepada pesakit diabetes menjadikan ianya sesuai dijadikan hidangan harian. Pergi sahaja ke pasar raya atau ke kedai runcit berdekatan, pasti dihidangkan dengan pilihan yogurt yang pelbagai perisa dan jenama. Tetapi, bukan yogurt ini yang dimaksudkan sesuai untuk pesakit diabetes. Kebanyakan yogurt berperisa ini mengandungi kandungan gula yang tinggi. Ia juga menyebabkan kandungan karbohidrat adalah tinggi dan sekiranya diambil oleh pesakit diabetes, […]

Continue Reading
1 2 3 6