Diabetes bukanlah masalah besar!

Ya, diabetes bukanlah masalah besar kepada anda sehingga anda menghidapnya. Namun, bagi sebahagian pesakit diabetes juga beranggapan begitu sehinggalah mereka mengalami komplikasi-komplikasi yang tidak menyenangkan. Diabetes bukanlah satu penyakit yang datang secara tiba-tiba. Tetapi ianya berkembang dalam masa beberapa tahun dan mungkin tanpa disedari akibat daripada gaya hidup yang tidak sihat. Buktinya adalah peningkatan bilangan pesakit diabetes setiap tahun.

Mungkin ada benarnya- ramai yang masih menganggap diabetes bukanlah masalah besar jika dibandingkan dengan penyakit jantung, masalah buah pinggang, ataupun hilang anggota badan akibat kemalangan.

Namun, tahukah anda bahawa kebanyakan punca berlakunya masalah buah pinggang adalah akibat diabetes? Secara purata, kos menjalani rawatan dialisis oleh pesakit buah pinggang boleh mencecah RM2,000 hingga RM3,000 sebulan dan nilai ini boleh meningkat mengikut keseriusan penyakit tersebut. 

Tahukah anda jika anda menghidap diabetes, anda mempunyai risiko yang lebih tinggi mengalami kematian akibat strok atau serangan jantung? 

Adakah anda tahu dan sedar bahawa diabetes merupakan punca utama kebutaan di kalangan orang dewasa di Malaysia? Adakah anda tahu bahawa punca utama kehilangan upaya akibat daripada amputasi adalah diabetes?

Anda secara fizikal bersiko lebih tinggi kehilangan keupayaan, anggota badan malah puhan ribu wang ringgit hanya untuk meneruskan kelangsungan hidup? Adakah anda bersedia mengahadapi cabaran dan tekanan emosi dan wang ringgit untuk menampung rawatan perubatan yang tinggi?

Fikirkan sejenak berkenaan hal ini. Adakah kematian dan kehilangan anggota badan merupakan isu yang ringan? Adakah diabetes bukanlah masalah yang besar?

Adakah anda bersetuju bahawa diabetes adalah masalah yang besar kerana ia punca kepada masalah kesihatan yang lebih kronik. Jika anda belum menghidap diabetes, mulakan bergerak ke arah gaya hidup dan pemakanan yang sihat. Jika anda merupakan penghidap diabetes, ambil kisah dan pantau tahap glukosa anda kerana tahap glukosa yang tinggi adalah merbahaya. Kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat kepada tahap yang minima. Gantikan gula kepada pemanis semulajadi yang lebih sihat seperti madu dan stevia di dalam diet harian anda. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan serta lakukan aktiviti fizikal untuk membantu menurunkan paras gula dalam darah.

Anda bijak dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Anda bijak, anda sihat.

***Ingin kekal sihat, cergas dan bertenaga? Sweet Stevia Drops merupakan pemanis semulajadi tanpa kalori yang sesuai digunakan oleh penghidap diabetes/kencing manis dan membantu menurunkan paras gula dalam darah. Sweet Stevia Drops juga sesuai digunakan oleh mereka yang mementingkan kesihatan. Ianya amat mudah digunakan dan mudah dibawa ke mana sahaja.

Dapatkan stevia anda hari ini di sini atau hubungi +6013-374 6394.

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *