Diabetes dan Hiperglisemia(Hyperglycaemia)

Hiperglisemia (hyperglycemia) adalah keadaan di mana tahap glukosa anda terlalu tinggi. Anda juga berkemungkinan tidak menyedari akan situasi ini kerana keadaan hiper boleh terjadi dalam masa beberapa jam sehingga beberapa hari. Walaupun tahap glukosa dalam darah mereka naik dengan tinggi, mereka tidak menyedari akan situasi tersebut sehinggalah melakukan ujian darah.

Beberapa perkara boleh menjadi punca berlakunya situasi hiperglisemia ke atas pesakit diabetes. Antaranya adalah:

  • Berada dalam keadaan yang tertekan
  • Tidak sihat dari satu jangkitan
  • Mengambil terlalu banyak makanan karbohidrat yang melebihi keupayaan insulin dan ubat yang diambil
  • Tertinggal dos ubat anda terutamaya insulin
  • Berlebihan melawat hipoglisemia

Simptom-simptom yang biasa dialami semasa mengalami hiperglisemia termasuklah:

  • Merasa dahaga yang melampau
  • Kerap membuang air kecil terutamanya pada waktu malan
  • Keletihan dan kelesuan
  • Mengalami sakit kepala/pening
  • Penglihatan kabur

Cara bagi merawat hiperglisemia bergantung kepada punca ianya berlaku. Bagi penghidap diabetes jenis 2 yang bergantung kepada insulin, turun dan naik tahap glukosa merupakan suatu kebiasaan. Sekiranya perkara ini berlaku untuk jangka masa yang pendek, beberapa langkah boleh diambil bagi mengawalnya. Sebagai contoh, ambil lebih air yang tidak bergula bagi menggantikan cecair yang hilang dari badan, atau lakukan beberapa aktiviti fizikal bagi membantu menurunkan tahap glukosa anda.

Namun, jika hiperglisemia berada untuk jangka masa yang lama, dapatkan nasihat daripada doktor anda dengan segera bagi mengawal tahap glukosa dan mengelakkan daripada komplikasi yang lebih teruk.

***Ingin kekal sihat, cergas dan bertenaga? Sweet Stevia Drops merupakan pemanis semulajadi tanpa kalori yang sesuai digunakan oleh penghidap diabetes/kencing manis dan membantu menurunkan paras gula dalam darah. Sweet Stevia Drops juga sesuai digunakan oleh mereka yang mementingkan kesihatan. Ianya amat mudah digunakan dan mudah dibawa ke mana sahaja.

Dapatkan stevia anda hari ini di sini atau hubungi +6013-374 6394.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *