Diabetes dan Hipoglisemia(Hypoglycemia)

Hipoglisemia atau juga dikenali sebagai hipo, adalah merupakan keadaan di mana paras glukosa(gula) dalam darah individu penghidap diabetes/kencing manis telah jatuh terlalu rendah, iaitu di bawah 4mmol/L. Sekiranya situasi hipo dialami, pesakit perlu dirawat dengan segera bagi mengelakkan paras glukosa daruipada terus jatuh lebih rendah sehingga mengakibatkan pesakit menjadi semakin tidak sihat.

Hipoglisemia boleh membuatkan individu tersebut mengalami kesukaran untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian seperti memasak, berjalan, dan sebagainya. Malah, pesakit juga mempunyai masalah untuk memberikan perhatian dan kelihatan seperti tidak bermaya. Oleh itu, aktiviti seperti memandu ataupun mengendalikan mesen adalah tidak selamat dilakukan sekiranya paras glukosa dalam darah kurang daripada 5.0mmol/L.

Pesakit diabetes yang bergantung kepada penggunaan insulin atau ubat-ubatan yang menurunkan paras gula dalam darah, berisiko mengalami hipoglisemia. Sekiranya anda tidak pasti samada ubat kencing manis anda boleh menyebabkan hipo, baca risalah yang disertakan dengan ubat anda atau bertanya terus kepada doktor anda. Anda perlu tahu samada ubatan anda boleh menyebabkan anda berisiko mengalami hiplisemia.  Individu yang menghidap diabetes dan mengawal paras gula melalui pengambilan diet yang seimbang dan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal tidak berisiko mengalami hipo.

Hipoglisemia bleh berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan, terdapat juga beberapa sebab lain yang mengundang pesakit diabetes mengalami hiplosimea.

  • Pengambilan dos yang terlalu tinggi (insulin atau pil-pil merendahkan paras glukosa dalam darah)
  • Melambatkan atau terlepas waktu makan yang biasa
  • Aktiviti fizikal yang tidak dirancang
  • Tidak makan karbohidrat yang secukupnya
  • Aktiviti fizikal yang lebih giat daripada biasa – tetapi tidak diseimbangkan dengan diet yang secukupnya
  • Minum arak – risiko anda mengalami hipoglisemia lebih tinggi apabila anda mengambil lebih alkohol

source: ndap.org.ph

Pesakit atau ahli keluarga pesakit boleh mengetahui individu tersebut sedang mengalami hipoglisemia dengan memerhatikan simptom-simptom seperti:

  • Berpeluh
  • Keletihan
  • Rasa pening
  • Pucat
  • Kelaparan
  • Sakit perut
  • Badan terketar-ketar
  • Lemah
  • Kadar jantung yang lebih tinggi daripada biasa
  • Penglihatan kabur
  • Kekeliruan
  • Sawan
  • Tidak sedarkan diri- dan di dalam kes yang lebih teruk, pesakit boleh mengalami koma

Hipoglisemia boleh dibahagiakan kepada dua, sederhana (mild) atau teruk (severe). Apabila seseorang mengalami hypo sederhana dan menyedari akan hal tersebut berdasarkan tanda-tanda di atas, individu tersebut masih berupaya merawatnya. Sebaliknya, individu yang mengalami hipo yang teruk memerlukan bantuan orang lain untuk merawatnya.

Sekiranya anda menyesayaki mengalami hipo, lakukan segera ujian darah bagi mengetahui paras gula. Sekiranya paras gula berada di bawah 4mmol/L, ambil karbohidrat yang bertindak pantas seperti gula, madu, tablet glukosa, jus buah, atau minuman ringan. Selepas 15 minit, periksa semula paras glukosa. Sekiranya, masih berada di bawah paras 4mmol/L, ulang langkah di atas.

Jika paras glukosa melebihi 4mmol/L, ambil makanan mengandungi karbohidrat yang lebih perlahan untuk dproses seperti roti, kurma, buah tin, yogurt asli, pasta, ataupun nasi bagi menstabilkan semula paras glukosa.

Hipoglisemia perlu dirawat dengan segera supaya paras glukosa tidak jatuh lebih rendah- boleh menyebabkan tenaga tidak mencukupi oleh badan dan pesakit boleh tidak sedarkan diri. Sekiranya individu tersebut tidak sedarkan diri, hubungi ambulas ataupun bawa pesakit ke hospital dengan segera.

***Ingin kekal sihat, cergas dan bertenaga? Sweet Stevia Drops merupakan pemanis semulajadi tanpa kalori yang sesuai digunakan oleh penghidap diabetes/kencing manis dan membantu menurunkan paras gula dalam darah. Sweet Stevia Drops juga sesuai digunakan oleh mereka yang mementingkan kesihatan. Ianya amat mudah digunakan dan mudah dibawa ke mana sahaja.

Dapatkan stevia anda hari ini di sini atau hubungi +6013-374 6394.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *