Rawat Diabetes dengan Berkebun

Berkebun bukan sahaja senaman yang sesuai untuk semua lapisan umur, ia juga langkah yang bijak bagi mendapatkan sumber sayuran yang organik dan rendah.

Bagaimana pula jika anda tinggal di rumah apartment dan tidak mempunyai tanah?

Berkebun tidaklah bermakna anda memerluka seekar tanah untuk bercucuk tanam. Pasti anda boleh menjumpai sedikit ruang yang boleh dijadikan taman mini anda. Selain itu, anda boleh cuba berkebun melalui kaedah hidroponik yang sesuai digunakan pada ruangan yang terhad. Pilih benih sayuran yang sesuai dengan ruang yang anda seperti tomato, cili, kucai, atau sayur-sayuran lain yang lebih anda gemari. 

Bagaimana pula berkebun boleh menjadi senaman pula?

Apabila anda berkebun, anda perlu melakukan pergerakan. Sebagai contoh, mencari biji benih yang sesuai, anda perlu berjalan ke beberapa tempat selain mencari alatan yang sesuai untuk berkebun. Kemudian, anda perlu membajak tanah dan menanam biji benih di mana anda menggunakan otot-otot tangan dan kaki. Jika kawasan digunakan lebih luas, ia mendorong anda melakukan lebih pergerakan.

Berkebun bukan sahaja sumber senaman anda, malah kebun anda akan menghasilkan sayur-sayuran yang segar dan bebas dari racun merbahaya. Tambahan pula, anda dapat mencantikkan kawasan rumah anda, memberi sumber vitamin yang segar kepada keluarga anda dan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan.

Sayur-sayuran yang dipetik segar dari kebun anda pasti lebih sedap apabila dimakan berbanding dengan sayur-sayuran yang dibeli daripada kedai dan pasaraya. Sebagai contoh, timun dan tomato yang diambil segar terus ke meja makan lebih segar dan rangup, yang tidak mungkin didapati dari tempat lain. 

Sayuran yang segar dan boleh didapati secara percuma (atau dengan kos yang rendah) ini lebih memotivasikan anda mengambilnya dalam kuantiti yang lebih banyak. Anda mendapat lebih vitamin dan khasiat antioksidan daripada sayuran yang segar. Ia juga dapat mengurangkan kebergantungan anda terhadap makanan berkarbohidrat dan berminyak. Akhirnya anda menjadi lebih sihat dan lebih mudah menurunkan berat badan.

Tambahan pula, anda boleh berbangga dengan hasil yang berjaya dituai dan menjadi sumber inspirasi kepada anda dan orang sekeliling untuk makan lebih sayuran. Anda juga boleh menanam sayuran yang  sudah lama anda idamkan namun jarang didapati di kedai atau pasaraya. Ianya seperti menyelam sambil minum air, anda dapat makan sayuran segar di samping mendapat senaman.

***Ingin kekal sihat, cergas dan bertenaga? Sweet Stevia Drops merupakan pemanis semulajadi tanpa kalori yang sesuai digunakan oleh penghidap diabetes/kencing manis dan membantu menurunkan paras gula dalam darah. Sweet Stevia Drops juga sesuai digunakan oleh mereka yang mementingkan kesihatan. Ianya amat mudah digunakan dan mudah dibawa ke mana sahaja.

Dapatkan stevia anda hari ini di sini atau hubungi +6013-374 6394.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *