Resepi : Jus Lemon Stevia

Nak tahu rahsia buah lemon? Apa yang specialnya dengan buah lemon? Ha, kalau nak tahu, buah lemon mempunyai pelbagai kebaikan untuk tubuh badan kita. Antaranya adalah kandungan Vitamin C yang tinggi. Vitamin C ini membantu mengekalkan kulit wajah yang lebih sihat bahkan sebagai antioksidan kepada anda. Makanya, ianya merupakan salah satu agen anti-penuaan yang sangat bagus. Selain itu, lemon juga menyingkirkan cecair dan toksik di dalam badan. Apabila toksik keluar dari badan, badan akan lebih ringan, sihat dan lebih bertenaga.

Jom cuba resipi Jus Lemon Stevia ini.

jus lemon

Bahan-bahan :

1 liter air

400 ml perahan lemon segar

3 titis Sweet Stevia Drops

 

Cara-cara : 

1. Masukkan jus lemon dan Sweet Stevia Drops ke dalam periuk.

2. Didihkan dengan api sederhana. Kacau sesekali selama 8 – 10 minit.

3. Tuang air dan kacaukan.

4. Masakkan untuk 5 – 6 minit lagi atau sampai mendidih lagi.

5. Sesuaikan rasa manis menggunakan Sweet Stevia Drops.

6. Biarkan seketika. Setelah sejuk, tuang ke dalam bekas air dan sedia dihidang. Tambahkan kiub ais untuk rasa yang lebih umph.

 

Sweet Stevia Drops merupakan pemanis semulajadi tanpa kalori yang sesuai digunakan oleh penghidap diabetes/kencing manis dan mereka yang mementingkan kesihatan, di dalam memaniskan makanan/minuman seharian. Ianya juga sangat mudah digunakan dan mudah dibawa ke mana sahaja.

Dapatkan stevia anda hari ini di sini atau hubungi +6013-374 6394/+6013-361 2163.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *