Resepi: Sambal Tumis Ikan

Sambal Tumis Ikan

Bahan-bahan :-

4 ekor ikan selar saiz sederhana (disiang dan dibahagi dua)

1/2 sudu besar pati asam jawa (tanpa biji)

10 titis Sweet Stevia Drops

2 biji bawang besar (dihiris)

10 sudu besar cili kering kisar

Garam secukup rasa

Minyak masak untuk menumis

 

Cara-cara :-

  1. Goreng ikan bersama garam dan kunyit sehingga sedikit garing. Ketepikan.
  2. Tumis bawang yang telah dihiris sehingga garing.
  3. Kemudian, masukkan cili kering yang telah dikisar, asam jawa, stevia, 1 sudu kecil garam, dan sedikit air. Masak sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Tambah sedikit air.
  5. Masak selama 10 minit atau sehingga menggelegak dan sedia dihidang.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *