Resipi: Jus Buah Belimbing

Cara yang lebih baik selain menikmati buah-buahan adalah dengan membuat jus buah-buahan. Kali ini kami mahu berkongsi resepi jus belimbing yang pasti kebaboom dibuatnya. Rahsia di sebalik jus buah belimbing yang sedap adalah pada buah itu sendiri. Pilihan kami, buah yang hampir masak tetapi masih mempunyai sedikit rasa masam.

Apa yang bestnya minum air buah fresh dari rumah? Pastinya tidak sama yang di kedai kerana kita boleh buat mengikut selera kita. Cukup sekiranya anda mempunyai mesen pengisar. Tetapi terbaik jika anda mempunyai mesen pengisar khas untuk buah-buahan. 

Bahan-bahan(1 jug):

3 biji buah belimbing (saiz sederhana)

Air

4-5 titi Sweet Stevia Drops

Cara-cara:

Bersihkan buah belimbing dan buang biji.

Masukkan buah belimbing yang sudah dipotong ke dalam mesen pengisar. Tambah air untuk meudahkan mengisar. Kisar sehingga halus.

Kemudian,gunakan penapis untuk menapis jus tersebut. Gunakan belakang sudu bagi menekan pulpa untuk mendapatkan jusnya. Tambah air kepada pulpa tersebut sehingga memenuhi jag anda atau anda boleh menambah terus air ke dalam jag anda. 

Tambah Sweet Stevia Drops mengikut citarasa anda.

Sedia diminum atau dihidang bersama ais.

Selamat mencuba. Rahsia kepada jus buah belimbing yang sedap adalah pada bilangan buah belimbing yang digunakan. Anda boleh menggunakan 3-4 biji buah belimbing untuk satu jag jus buah belimbing di atas.

***Ingin kekal sihat, cergas dan bertenaga? Sweet Stevia Drops merupakan pemanis semulajadi tanpa kalori yang sesuai digunakan oleh penghidap diabetes/kencing manis dan membantu menurunkan paras gula dalam darah. Sweet Stevia Drops juga sesuai digunakan oleh mereka yang mementingkan kesihatan. Ianya amat mudah digunakan dan mudah dibawa ke mana sahaja.

Dapatkan stevia anda hari ini di sini atau hubungi +6013-374 6394.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *